Thursday 24 November 2011

Pengenalan : Badan Dakwah dan Kerohanian [BADAR]

PENGENALAN : 
Dakwah merupakan nadi kepada pengembangan dan penghayatan ilmu-ilmu Islam. Dengan adanya dakwah dalam rutin harian, ilmu-ilmu Islam akan terus diamalkan oleh umat Islam dan seterusnya melahirkan modal insan yang terbaik dari aspek kerohanian mereka.

Sehubungan dengan itu, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) diwujudkan sebagai salah satu wadah kepada pembangunan modal insan di SMKBG.

Badan ini juga bertindak sebagai satu unit kecil yang mengawal atur aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah ini. Ia juga menjadi satu wadah kepada pergerakan dakwah bagi menggapai hasrat tercetusnya biah islamiah dan roh kerohanian Islam terlaksana di SMKBG. Barisan kepimpinan  badan ini yang silih berganti setiap tahun akan terus berusaha dan membawa legasi perjuangan dakwah di SMKBG agar tertegak suasana insan yang berilmu beriman dan beramal. 

OBJEKTIF PENUBUHAN

·        Melatih pelajar agar kritis dan kreatif di dalam menyampaikan dakwah.
·        Membantu pihak Dakwah & Kerohanian dalam melaksanakan aktiviti.
·        Mempelbagaikan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan visi dan misi sekolah.
·        Mengatur dan menyelia aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah.
·        Membentuk keperibadian pelajar melalui program yang dilaksanakan. 

VISI

Menjadi sebuah badan pembudayaan Islam dalam kalangan warga SMKBG ke arah meraih kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat. 

MISI
  •  Membangunkan modal insan yang berkualiti yang dapat memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat dengan.
  •  Melahirkan pelajar SMKBG yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan Misi dan Visi Sekolah.
  •  Memantapkan nilai kepimpinan dalam dakwah yang sedia  pada diri pelajar.
  •  Mengasah daya kreativiti pelajar di dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti sebagai medium dakwah.
MOTO
BADAR : Berilmu Beriman dan Beramal